Categories

Melur di halaman rumahku

February 12, 2009

                                        

 

Subuh hening mengigit sejuk tubuh Iman Zulaikha…dia seolah-olah dikejutkan hampir setiap pagi oleh haruman lembut diluar kamar biliknya..Hampir setiap  minggu dia bermimpi berjumpa Maisarah..Maisarah adalah rakan sekelasnye sewaktu di tingkatan 2..dalam mimpi Iman Zulaikha, Maisarah selalu muram.. maisarah yang dulunye seorang gadis periang tidak pernah sekalipun dilihat muram..Iman Zulaikha agak kehairanan..dia pelik kenapa dia sering bermimpikan gadis  yang sudah lama meninggal dunia itu sedangkan dia tidak pernah rapat dengannya. Kematian maisarah disebabkan satu kemalangan ngeri dua tahun yang lepas. Iman Zulaikha mendengar berita dari siaran televisyen di rumahnya. Dia pun tidak berapa ingat akan Maisarah kerana sudah hampir 7 tahun mereka tidak lagi berjumpa..Maisarah tinggal di kampung bersebelahan dengan kampungnya. Mungkin kerana itu, dia masih ingat wajah maisarah yang memang cantik dan manja.

 

Iman Zulaikha yang sedang asyik melayan kerenah fantasinya itu tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit monofoniknya.lagu donna-donna yang berbunyi berulang beberapa kali minta dijawab.Lantas dipaksakan diri yang masih malas untuk menjawab panggilan…..

 

“morning sayang!!” kedengaran sayup-sayup suara Adam..Adam adalah teman sepejabat dengannya.

           

“Hey, gile ke telefon I subuh-subuh ni”. Jawab Iman Zulaikha dengan nada marah lantas terus off hansetnya. Rambutnya yang kusut dibelai lurus sambil mengatur kaki lambat-lambat ke bilik air untuk mengambil wuduk.

 

Iman zulaikha agak bosan melayan kerenah Adam yang sering mengganggunya sejak dia memulakan kariernya di syarikat itu. Adam adalah anak pengurus operasi di syarikat tempatnya bekerja. Mungin kerana itulah Adam suka mengambil kesempatan kepada pekerja-pekerja baru sesuka hatinya. Namun pada Iman, dia amat meluat melihatkan perangai Adam yang perasan handsome.

 

………………………………………….

 

Bahang panas tengahari membuatkan Iman merasa sedikit mengantuk..namun dicekalkan hati untuk terus menyambung lakaran bercorak batik itu.. Iman gemar menghabiskan masanya untuk kekedai Hairy seorang rakan sekelasnya sewaktu di tingkatan 5, untuk melukis batik. Pada Iman Zulaikha, lukisan batik dapat menghilangkan stress dan kebosanan, juga kesedihan.. kedai yang dibina di kawasan pelancongan itu, sudah tentu menarik pelbagai pelancong terutama pengunjung dari negara barat.. iman juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil angin di pantai yang cukup dikenali oleh pelancong-pelancong luar yang datang melancong di Negara ini.. pantai cherating ini pula tidak jauh dari rumahnya. Mungkin kerana itu, Iman lebih suka menghabiskan masa yang terluang di situ. Pantai ini cukup memukau pandangan setiap pencipta alam terutama peminat surfing yang rata-ratanya mat saleh.

 

Tiba-tiba pandangan Iman kabur..terlihat dua orang remaja perempuan bermain-main ditepian pantai. Terdengar mereka ketawa riang tanpa sedikit resah bermukim di wajah dua orang sahabat itu. Mereka nampak begitu mesra seolah-olah hari esok tiada pahit yang bisa mencelah. Di binanya istana persahabatan di bibir pantai yang rapuh. Istana itu di biar runtuh dek ombak yang ghairah membelai bibir pantai..

 

Syair untuk sophea

 

Pemergiaanmu yang tiba-tiba

Merampas rakus tawaku

Ain Sophea,

Sebaris nama sahabatku

Degupan jantung mu kuharap sayu

Namun disana jua destinasi untukmu

Biar runtuh istana yang kita bina

Di bibir pantai yang rapuh

Doaku istana yang lebih indah

Untukmu

Terbaring kaku sahabatku

Di iringi doa saudaramu

Di hari akhir ku melihatmu

Kan ku tanam melur

dihalaman rumahku

 

………………………………………….....................................................................


sahabat

 

Bagaikan melur mekar dalam taman rahsia

warnanya  yang putih suci  terhampar dijiwa

seorang sahabat yang memahami

erti sebuah  persahabatan…

sahabat..

bagai  melur

wanginya  bisa meringankan beban sakit

yang sekali-sekala memenatkan fikiran

mematikan langkah keikhlasan..

sentuhan halus bicara mewangi sentiasa

apabila taman rahsia itu terbuka pintunya

terus kita berlari mengejar agar sempat

di petik melur-melur

yang maseh tega

mengembang dan mewangi..

namun cahaya suria makin menghilang

sahabat,

“walau melur ditiup debu,

Warnanya akan sentiasa putih suci,

Baunya pula sentiasa lembut mewangi”

Sahabat,

Walau aku jauh pergi,

Diriku tiada lagi disisi mu

Kesegaran memori tidak akan pudar

Abadikan aku dalam ingatanmu

Jika ada kesempatan

Ku akan kembali menjengukmu

Walau disebalik tabir rahsia

Sahabat

Kau akan sentiasa mewangi dihati

Walau taman rahsia lenyap dimata

 

Nafasnya bagai terhenti seketika, seluruh maya hijau bagaikan kegersangan buat sementara waktu apabila kenangan lalu menziarahi harinya.  Sesungguhnya Iman Zulaikha tidak pernah melupakan sahabat baiknya yang dikenali 10 tahun yang lalu disaat kali pertama dia melangkah ke alam remaja. Ain Sopheyah lebih tua darinya 2 tahun. Oleh sebab itu dia sangat manja dengan Ain Sopheyah yang dianggapnya tak ubah sebagai seorang kakak kembar yang dalam masa yang sama menjadi sahabat akrabnya. Makan malam, makan siang, harus selangkah. Setiap kali dia membaca puisi yang ditinggalkan arwah, dia akan menangis sedih bagaikan semalam perkara itu terjadi. Ros-ros segar disusun rapi didalam balang berisi air. Diletak disuatu sudut. Potret Ain yang sedikit lusuh digantung disuatu sudut seraya mengembalikan memori-memori yang pernah terlukis dimusim remajanya.

 

Setelah tamat sijil pelajaran Malaysia, Iman Zulaikah berjaya menyambung pelajarannya di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam di selatan semenanjung. Ain yang lebih 2 tahun tua darinya telah pun meneruskan pengajiannya dalam bidang senibina. Sejak itu mereka sering berhubung melalui telefon dan surat. Apabila cuti semester, mereka tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan saki baki masa yang ada bersama-sama. Ke kebun bunga auntie ying adalah kegemaran mereka berdua. mareka gemar menyakat uncle Ong yang sedang sibuk meyusun anak-anak pokok yang ditanamnya. Uncle Ong dan Auntie Ying memang suka melayan kerenah Ain dan Iman kerana mereka tidak mempunyai anak perempuan. Pengenalan mereka bermula apabila Ain dan Iman kerap kali ke kebun bunga “Fresh Forever’ milik uncle Ong dan auntie Ying dihujung taman tempat tinggal Iman Zulaikha sekeluarga.

 

Disaat bunga-bunga kemesraan yang sering segar sesegar bunga-bungaan dikebun Uncle Ong itu menerbitkan wangi baunya, tiba-tiba Iman Zulaikah mendapat berita Ain Sopheyah telah pun berpindah tempat tinggal bersama keluarga angkatnya tanpa sempat memaklumkan padanya terlebih dahulu. Dia hanya mengetahui tentang perkara itu apabila pulang bercuti semester . Ain yang tinggal bersama ibu saudaranya sejak kematian ibu dan ayah lebih 8 tahun lalu hanya patuh pada kehendak ibu saudaranya kerana hanya pada mereka Ain sopheyah bergantung hidup. Ain tidak terdaya jika diminta untuk membalas segala jasa dan budi yang telah bertahun ditaburkan oleh ibu saudaranya itu. Walaupun sesekali dia ingin lari daripada ketidakadilan yang kadang-kadang mengusik jiwa halusnya. Ain Sopheyah yang berperwatakan lembut, hanya menyerah kalah pada takdir. Dia sering mengajar dirinya untuk sabar setiap kali perasaan ingin memberontak mendidih di dalam hati.

 

 

 

Dalam meniti kekosongan waktu, perihal lalu mengajak dia pergi menyempurnakan sesuatu yang belum sudah, mengungkai kembali sejarah di pertengahan usia remajanya. Wajahnya yang bersahaja bermukim resah berselerak disudut hati. Menangis hiba didalam diri. Lambakan rindu mengajak dia pergi mempertaruhkan ego diri demi seseorang yang sudah sekian lama di tulis dalam diari saban hari. Ain Soffeah.. Beban yang telah lama di tanggung sendirian. Mana mungkin tegar imannya menahan beban selama itu tanpa sesiapa disisi. Dia sudah bosan dengan penat.

hujan mencurah tidak henti-henti sejak jumaat lalu. Fikiran Ain Soffeah tiba-tiba melayang teringatkan Mak Zaleha ataupun Mak Ngah. Mak Ngah senang dengan panggilan itu. Ain Soffeah mengenali Mak Ngah sewaktu dia bekerja sebagai seorang jurujual di salah sebuah pusat membeli belah di Melaka. Mak Ngah ketika itu bekerja sebagai Cleaner

.

Beban yang ditanggung sudah cukup.. Anak-anaknya masih kecil. Lebih membebankan Mak Ngah sebagai seorang ibu tunggal, dia harus membesarkan tujuh orang anaknya tanpa suami disisi. Mak Ngah kehilangan suami akibat barah otak. Selepas kematian suaminya dua tahun lalu, anak-anaknya yang masih kecil di minta supaya dibahagi-bahagikan oleh saudara mara dengan niat supaya ianya lebih meringankan beban mak Ngah.namun sungguh masyur hati si ibu, Mak Ngah sedikit pun tidak merelakan anak-anaknya dipisahkan. Walaupun susah untuk membesarkan ketujuh-tujuh anaknya itu, namun dia sanggup kerana dengan satu alasan, itulah harta yang paling bernilai yang ditinggalkan oleh arwah suaminya. Dia tidak punya apa-apa. Sewaktu itu anak sulungnya Faridah sudah menjangkau usia remaja. Faridah kelihatan agak matang, mungkin gadis bertubuh agak kurus berkulit putih itu seakan memahami senario hidup mereka sekeluarga. Tidak seperti gadis-gadis sebaya yang lain, Faridah sering membantu ibunya menjual kuih untuk dijadikan duit buatnya berbelanja di sekolah. Siapa tahu hati sigadis itu sedangkan gadis sebayanya sibuk bermain-main di taman. Tapi tidak Faridah, masa lapang digunakan untuk membaca buku. Faridah mempunyai prestasi yang baik dalam pelajarannya. Kepayahan hidup bukanlah penghalang buat Faridah menuntut ilmu. Mak Ngah benar-benar menekankan aspek itu. Dia tahu pendidikan mampu mengubah masa depan yang lebih cerah demi adik-adik. Mak Ngah ingin anak-anaknya bersatu dan dia sering menanam sifat kasih sayang diantara anak-anaknya.

 

“mak, ain rasa tak sedap je.” Tiba-tiba ainn sopheyah mencelah. Rasa perutnya yang sudah mencecah 9 bulan itu agak sakit.

 

Mak Ngah dan Faridah membawa Ainn Sopheyah ke hospital. Sewaktu menantikan tiba giliran Ainn Sopheyah melahirkan bayinya, waktu itu Faridah sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, dia juga turut sama berkorban untuk seseorang yang bukan ahli keluarganya.

 

“idah, setiap apa yang tuhan hantar itu ada rahmat disebaliknya. Idah buat betul-betul ujian ni. insyaAllah berkat pengorbanan ni, tuhan akan tolong kita” pujuk Mak Ngah kepada anak sulungnya itu.

 

Faridah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata ibunya. Wajahnya yang bujur sirih menampakkan lirik matanya yang dalam. Namun kecekalan jelas terpancar disebalik matanya yang bening. Kakinya melunjur ditepi longkang kecil di luar wad beranak.

 

Seorang bayi kecil yang sangat comel. Matanya celik melihat dunia. Apalah dosa bayi kecil ini. Dia tidak bisa mengerti apapun yang terjadi. Apapun dilema melanda. Bayi itu hanya tahu menangis bila lapar dan sakit.

 

“comel bayi ni. Kalau kak taknak, saya boleh tolong besarkan budak ni.” tegur jururawat dalam keadaan berjenaka namun serius dengan kata-katanya.

 

Ainn Sopheyah memandang kearah bayinya di atas dakapan Mak Ngah. Matanya berkaca menahan sedikit sebak yang entah tiba-tiba. Dia rasa sedikit tertekan. Mana mahu dibawa bayi comel ini. Hendak dibela, dia tidak punya kekuatan.

 

“ Ish, mana boleh. Nanti dia besar tak sayang ibu dia sendiri walaupun dia tahu siapa ibu dia yang sebenar .’ Celah Mak Ngah selamba.

 

“Ain, walau susah sekalipun, kita tak patut serahkan bayi ni pada orang. Penat-penat kita mengandungkan dia, takkan sanggup kita melihat orang lain yang membesarkan dia. Nanti bila besar budak ni takkan sayang kita lagi.”

 

” Ainn ikut cakap mak je. Kalau mak kata ye, Ainn ikut je.” Suara Ainn Sopheyah perlahan dalam nada sebak. Tiada ibu yang ingin berpisah dengan anaknya begitu sahaja.

………………………………….

”mak, ini keputusan idah” smbil mengenggam segulung sijil ditangannya.

Faridah belum pun membuka keputusan. Dia ingin berkongsi dengan ibunya. Sebelum itu dia menunaikan solat taubat sebelum membuka keputusan yang bersampul itu.

 

Setitis air mata gugur. Mak Ngah bersyukur anak sulungnya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan Faridah juga dinobatkan pelajar cemerlang di sekolahnya. Mak Ngah meraut mukanya dengan kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan syukur di dalam hati.

 

”idah, ingat apa orang kata. Kita akan buktikan pada sesiapa yang beranggapan buruk dan setiap cemuhan. Suatu hari mereka akan diam”. Mak Ngah memberi dorongan kepada anak sulungnya itu sambil tangannya sibuk menyiapkan kuih siput.

 

” Idah ingat mak. Idah akan cuba buat yang terbaik. Demi masa depan adik-adik, idah akan belajar sungguh-sungguh.”

 

Bergenang air jernih dimata gadis itu. Hatinya sungguh cekal. Tabah dihambat keadaan.

 

Mengerti dan cuba mencari ruang, idah tidak mahu tewas lagi. Mengalah tidak sekali. Biar kata orang dia tetap dengan usahanya mencapai impian. Kata orang di letak ketepi.

 

”argh, aku pasti boleh” desis Idah dalam hati. Wajahnya yang sugul dari pagi tadi kembali bercahaya. Seolah-olah ada kuasa baru menjalar didalam dirinya.

 

”kau yakin ke?”

           

”ye, sejak dari awal lagi aku tak pernah kehilangan keyakinan ni, malah ia semakin bertambah setiap kali aku bangun dari tidur”

           

Cinta itu terkadang mengundang resah

Tatkala hati dihambat kecamuk dendam

Tersejat rasa kasih

Pudar luluh segala-segala

Nafsu inginku

 

……………………………….

Sebentar lagi, senja akan berakhir diganti malam. mendung petang memungkinkan malam ini tiada bintang bertebaran di angkasa raya. Ain Sopheyah, asyik mengutip melur yang memutih. Sebentar lagi semuanya akan layu dibawa malam kelam. Disaat itu dia teringatkan Iman Zulaikha yang dikenalinya lebih dari 10 tahun. Seorang teman yang periang dan manja. Dia masih ingat telatah gadis itu yang selalu mengusik hatinya satu ketika dahulu.

 

            “ Ain, nanti kalau dah besar, aku nak kau kahwin dulu dari aku tau. Kan aku adik.” Iman tergelak sambil sibuk mendandan rambut ikal Ain.

 

            ” Eh, mana boleh macam tu, kau kan cantik. Aku pula tak secantik kau. Mana ada yang mahu”. ain tersenyum sambil memegang cermin kecil untuk memperlihatkan rambutnya yang didandan Iman. Kedua-duanya tergelak kecil dan meluru ke halaman rumah sambil berlumba-lumba mengutip bunga-bunga melur yang galak mengembang. Hujan gerimis membantutkan keghairahan mereka. Kedua-dua gadis itu berlari naik ke anjung rumah sambil mengira jumlah melur yang dikutip. Iman tersenyum puas kerana dia sudah memenangi permainan. Itu bermakna Ain perlu menyediakan air panas untuk Iman mandi keesokan pagi.

 

 

………………………………………………………………………………………………………………..

 

Esok, dia akan mencuba lagi. Amir masih kecil perlu diberikan asuhan yang wajar. Dia tahu sebagai ibu tunggal, dia harus tabah mengharungi apapun dugaan yang akan melintas lalu.

 

            “aku akan berikan dia segala apa yang aku tidak pernah ada dulu. Aku tidak mahu melihat hidupnya terganggu.”

 

            “aku tidak akan menyesali saat waktu berakhir, aku Cuma kesalkan waktu-waktu yang tidak pernah bermula”. Pandangannya tidak beralih dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap potret yang berada dihadapannya.

 

            “Mira, salahkah aku menolak cinta orang yang sangat mencintai aku. Kejamkah aku. Aku cuba mempelajari erti cinta, tapi aku tidak mampu. Aku kalah lagi dalam mendalami perasaan itu. “

 

            “Ain, aku rasa bukan masanya lagi untuk kau memahami cinta. Pada aku kau tak melakukan apa-apa kesalahan pun. Cinta itu akan hadir bila waktunya tiba. Tak perlulah kau runsing. Seperti cinta aku yang hadir seketika dan pergi membawa segala-galanya“. Mira tunduk ke lantai,. Air mata yang sejak tadi cuba ditahan akhirnya membasahi pipi.

 

Ain memandang ke luar tingkap lutsinar, takut-takut ada kereta honda civic hijau yang sedia menunggu di bawah pohon tanjung tak jauh dari rumahnya sejak beberapa hari kebelakangan ini. Hatinya sedikit gusar. kadang-kadang perasaan takut menghantui setiap pergerakannya terasa bagaikan ada yang mengekori. Setiap gerak geri bagai diperhatikan. Mujurlah Mira teman sepejabatnya sanggup menemaninya. Mira seorang teman yang baik. Hubungan mereka bertambah rapat apabila Mira kematian suaminya 2 bulan lepas akibat kemalangan ngeri. Sejak peristiwa itu, Mira sering bersedih, dan tidak banyak bercakap sehinggalah hadirnya Ain di dalam hidupnya menghidupkan kembali hidupnya yang kelayuan seperti melur layu apabila tibanya siang. 

 

Surat khabar di meja ruang tamu hanya dipandang sekali lalu. Dia terus meluru ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia masih waras, walau dalam keadaan yang marah, dia masih ingin menjaga hati teman serumahnya. Dia tidak ingin keadaannya diketahui mereka. Dia ingin bersendirian seperti waktu-waktu dulu sewaktu di universiti.

 

......................................

Pandangannya dilontar ke tengah-tengah kehijauan tasik berlatarbelakangkan hutan menghijau. Sememangnya indah landskap alam ini. Kemudian satu persatu memori menerpa.................................

 

Sekembalinya dia di kampung tidak lama. Dia tidak mahu berlama-lama kerana dia tahu kepulangannya tidak pernah diharapkan Mak Su. Mak Su lebih suka kalau dia tidak pulang langsung. Namun, kali ini dia pulang atas desakan Mak Su juga. Mak Su kata ada perkara penting yang ingin dibincangkan. Ain juga pelik, biasanya Mak Su tidak pernah cakap baik-baik dengannya. Apa yang dilakukan Ain semuanya tidak kena dimata Mak Su. Sebab itu apabila berada jauh, di tempat orang, Ain berasa lebih tenang daripada hidup dalam kesunyian dan kesedihan di bawah jagaan Mak Su. Masih terngiang di tel

 

Lukisan semalam

February 9, 2009
 

Datang silih berganti

hari menyusur waktu

Mencari ruang menapak diri

Dari satu helai ke satu yang lain

Kita lukis bersama

Lalu kita calitkan warna-warni

kehidupan

Setelah, kita bingkaikan di dinding harapan

Tergantung masa depan

Menyusur waktu sederas air mengalir

Pada siapa bingkai ini diabadikan

Lukisan ini bisa pudar suatu masa

Lalu kita sama-sama melukis

di helaian  harapan

Bermukim di sudut ingatan

Mencorak ke segenap ruang impian

Berseri di kelopak memori.

 

...


Continue reading...
 

Penjara masa

February 9, 2009

 

Teriak memekak telinga

Tangis melutut ke bumi

Sesal bertalu kepangkal hati
 Haru biru sesak berdebu

Tanah gersang disiram cahaya 

Air di alur menukar arus 

Kencang membidas angin tengkujuh

Padahal bicara belum bernoktah


           

Continue reading...
 

Langit senjakala

February 9, 2009

 Sempadannya luas

Memayungi setiap penjuru kota dunia

Menyimpan berjuta rahsia

Kau cermin setiap tingkah di bumi sesak

Indah di temani awan biru

disinari cahaya di siang hari

Kau bisa tenang memayung setiap perihal

Namun ada masa kau bersedih mencurah hujan

Kau marah berdentum  bunyi guruh

Di suatu sudut kilat memancar

menandakan kau bosan

Langit luas,

Semakin sukar aku mengeja keluhan hidup

Disaat segala prasangka mula mengelar rintihan

Diwaktu kurangnya iman di kala senja

K...


Continue reading...
 

Diam

February 9, 2009

Diam

Mengerti dalam berbicara

Suluh dalam terang

Ku rasa ada benar dalam katamu

Aku juga memilih diam

 

Diam

 

Setelah bicara yang panjang

Ku rasa penuh benci

Ku rasa penuh sesal

Mengapa tidak hanya diam

Biar bicara dalam diam

 

Diam

 

Kau penyeri semekar mawar di halaman

Mereda ombak membadai

Sesudah tibanya waktu tengah malam

Izinkan aku memilih diam

 

Diam

 

Biarkan ku kunci kata-kata

Ku titipkan cerita

Jangan pula disalah teka

Kerana kini aku memilih diam

 

...


Continue reading...
 

Puisi ikhlas buat teman misteriku

February 9, 2009

Desiran angin berlagu sayu
Unggas bersiul seriosa rimba
Tiba waktu untukku berlalu
Merealisasikan rasa refleksi memori
Warna-warna tercalit sesingkat waktu
disebalik maya hijau
Ku rasakan kita ini senada
Namun kau hanyalah teman misteriku
Berkisahkan teori alam
Dan teruntai bersama khayalan
Hatiku meredut
Waktu dan keadaan mengakhiri kisah
Namun aku bersyukur dan kuredha
dengan takdirNya
Kita bertemu dan berpisah


Continue reading...
 

Nota silam

February 9, 2009

Nota silam tak pernah terpadam

Nota silam penuh benci dan dendam

Nota silam ternyata penuh rahsia duka

Nota silam terkadang mengundang resah

Nota silam membuat aku ketawa

Nota silam menjadi koleksi kenangan terindah

Nota silam setulus halus budimu tuan

Nota silam akan selamanya kelam

Nota silam sekadar kenangan


Continue reading...
 

Sarat harapan

February 7, 2009

Denai yang aku lalui

mengingatkan aku suatu pertemuan

Yang bisa mendewasakan

Ke segenap ruang ikhtiar

Di lorong penuh kesulitan

Aku mencari sedikit cahaya

 

Ku cantum perca-perca silam

Menjadi satu harapan

Bukan anganan

Tapi destinasi harus ku lewati

Ku buang tongkat kepenatan

Berdiri mendongak ke langit cahaya

 

Mengadap ke gaung kegagalan

Malang usah lagi mengusikku

Menjauhimu penuh tekad

Mendaki ke tebing tinggi

Dengan sarat harapan

Nur mengiringi perjuangan

Mendaki mel...


Continue reading...
 

Memori kupintal menjadi segulung sejarah

February 7, 2009

Malam ini aku kehilangan kata-kata

Setelah kekusyukanku hilang

Lalu warasku menyapa

Menundukkan rasa inginku

Mengembalikan memori-memori

yang telah kupintal

Menjadi segulung sejarah

Sedih tak bisa aku luahkan

Terpekin aku sendirian

Lalu bicaraku dihelaian ini

Namun masih tersirat segala isi makna

Adakah keegoaan mengganggu

Keinginanku

Khilaf yang tak bisa kulontarkan

Terperam dipedu jantungku

Ku cuba mengirik keresahan, keegoan

Untuk bertemumu

Sesungguhnya alam ini terbenta...


Continue reading...
 

Denai persahabatn

February 7, 2009

Denai persahabatn

 

Semalam kujelajahi rimba persahabatan yang

 penuh misteri

Ku menyedari ada ruang yang indah

Berpaut aku pada pohon persahabatan..

Meredahi sungai jernih yang tenang

Bersyukur aku pada Ilahi

Dengan takdirNya yang membawa aku kesitu

 

Sahabat,

Ku menghargai keikhlasanmu

Selama ku menyusuri denai persahabatan ini

Di atas nung tinggi gunung stong dan ayam

Kita mulakan perkenalan

 

Sahabat,

Bulan berganti bulan

Kita terpisah dek keadaan yang menjarak

Dek wak...


Continue reading...
 
Make a Free Website with Yola.