Blog Archive

Rinduku pada rimba itu

February 8, 2009

Kedinginan Air Terjun Chemerong

                    

                                


Sepetang di hutan lipur Chemerong pasti membuatkan jiwaku tenang dan keresahan yang bersarang di hati akan hilang dibawa pergi dingin angin hutan. Kejernihan airnya membuatkan aku teruja dan senyum terukir setiap kali menjamah dingin airnya yang membasahi pipiku yang kehangatan akibat terik mentari. Beberapa bulan lagi aku akan pulang. Di dalam diari ini aku tulis dibaris atas namamu. Aku rindukan kejernihan dan kehijauan lumutmu. Hutan hujan tropika tidak pernah hilang dalam nadi ingatanku dan sentiasa menghantui kebosanan ini lantaran waktu harus ku lupakan segala itu. Pencarian dan percutian ini belum lagi membenarkan aku pulang dan disaat hatiku mula merindukan pepohon hutan dan kehijauannya serta kepelbagaian flora dan faunanya. Gerak tari jari ini hanya mampu mengedit gambar gambar kenangan. Sesekali fikiranku melayang mengingatkan keriuhan bersama teman-teman diwaktu hujung minggu.

Rimba gunung dan kehijauan hutan hujan tropika.

Keriuhan teman-teman sependaki membuatkan aku sedar, masih ada segelintir pencinta rimba hijau yang sanggup meluang waktu mendaki dan menziarahi khazanah alam. Bagaikan bermimpi aku berpijak dipuncak gunung yang tinggi. Berbicara tentang kehijauan. Aku seolah-olah berbicara dengan alam hijau tentang rinduku tentang simpati, simpati pada bumi hijau yang seolah-olah tiada tempat untuk berpijak lagi umpama lirik lagu Indonesia “isi rimba tiada tempat berpijak lagi” dendangan Ewan. Aku rindukan bingit suara teman-teman memecah kesunyian dan mersik suara kicau burung dan tatkala fajar menyinsing aku tahu segalanya akan berakhir. Tiba waktu untukku pergi dan kembali lagi. Kalau dihitung dengan jari berapa lah sangat gunung yang kudaki jika dibanding dengan teman-teman sependaki yang lain. Aku punya teori berbeza namun mungkin misi kami sama. Terserlah keindahan dan cabaran di hutan hujan tropika yang menjadi asset yang sangat berharga. Asia tenggara antara cebisan benua yang menyimpan khazanah alam ini dan menjadi antara peyumbang utama kehijauan dimuka bumi. Jika ini tidak lagi dimengertikan apalah yang tinggal sebagai hadiah buat generasiku nanti. Panas dan sejuk yang ekstrem semakin terasa. 4 musim tidak lagi mengikut turutannya seperti dulu. “Global warming” mengambil tempat. Siapa mahu dipersalahkan? Tepuk dada tanyalah minda.

Lumut menghijau                                               

Dingin dan terasa kelembapannya. Lumut menghijau part yang paling aku sukai kerana hijau menjadi warna asasnya. Warna Luna, Fabercastle, Buncho pasti tidak dapat menandingimu. Kerana kau milik tuhan sesungguhnya tiada yang lebih indah. Sesekali fikiranku merantau jauh mengimbas kenangan yang agak lama ku tinggalkan. Terasa rinduku memanggil-manggil untuk ku kesana. Menghiasi buku memori dengan warna-warnamu.


Mentari pagi di puncak gunung       

Perihal yang tidak pernah aku lupa setiap kali bangkit dari lena ketika di puncak gunung terutama sekali apabila sebelah malamnya hujan mencurah. Menanti panorama pagi yang indah. Semestinya membuat jiwaku berkhayalan. Hatiku kini benar-benar merindui segalanya. Disaat kabus-kabus berterbangan ditiup sang angin dan kabus-kabus itu mula berhimpitan dan disirami cahaya mentari yang perlahan-lahan mengangkat wajah. Dari warna jingga berubah keemas-emasan. Argh, hatiku mula dihambat sayu dan rindu yang membahang setiap kali inginku terhalang. Kabus dipergunungan sememangnya indah dan menawan.

“Andai ku miliki semalam dan bisa aku ubah menjadi esok,

Takkanku ubah apapun, kerna aku tahu engkau tetap indah,

Tanpa sempadan masa, aku bahagia seandainya,

tangis ini tanda kasihku bukan menolong duka yang semalam,

Kerna engkau mengerti ku, tiada sendu lagi diduniaku ini,

Aku tak dapat bayangkan, Sengsara yang harus ku tanggung

jika kau pilih perpisahan”

 Sedutan lirik lagu Search; “Andaiku miliki semalam

 

Senja di Teluk Gadung

February 8, 2009

               
Menyusuri jalan pesisir pantai menuju ke teluk gadung. Aku menurunkan cermin tingkap kereta. Bayu petang berhembus-hembus membelai pipiku. Di sepanjang jalan, kelihatan banyak orang. Ada berkeluarga, ada couple , ada juga sekumpulan remaja. Waktu-waktu begini memang tidak dilepaskan untuk keluar mengambil angin dan menenangkan jiwa yang kusut. Patutlah kenderaan-kenderaan yang menyusuri jalan pantai pada waktu petang, masing-masing memperlahankan kenderaan mereka. Agaknya me...


Continue reading...
 

Mount Yong Yap 2007 Expedition

February 8, 2009


 



June 29, 2007

                          

Jam 7.30 petang kami berkumpul di KL Central.jam 9 malam keretepi express ke Perak pun tiba.  Ini kali pertama aku menaiki keretapi ke negeri Perak. Ahli ekspedisi seramai 15 orang. 13 lelaki dan 2 orang perempuan.

 

 

 

June 30, 2007

Jam 3.30 pagi, kami tiba di stesen keretapi di Sungai Siput hulu Perak. Kemudian kami di bawa ke sebuah restoran berhampiran. Lebih kurang 2 jam kemudian kami dibawa pula ke pekan...


Continue reading...
 

Chamah Ulu Sepat Febuari 2007

February 8, 2009

                           
Day 1st

 

Setelah selesai menjawab ujian Financial admin, aku tergesa-gesa dan meminta untuk keluar lebih awal. Bas untuk ke KL tepat pukul 11.30 pagi. waktu itu, elly member sekelas aku menghantar aku ke stesyen bas. Sebelum itu, kami ke rumah sewa usop mengambil beliau. Aku dan Usop menaiki bas yang sama.

 

Setelah hampir 5 jam perjalanan, kami pun tiba di stesyen putra. Waktu itu hujan turun dengan lebatnya. Namun, usop ketika itu mahu membeli sesuatu di low...


Continue reading...
 

Mount Stong & Ayam Expedition May 2006

February 8, 2009

Embun senja

 

                                


Kabus tebal perlahan menghilang. Bisik suara teman-teman menerpa pendengaran. Manik-manik embun berkilau jatuh satu persatu apabila angin lembut menerjah. Ruang langit mulai disepuh warna kuning keemasan.

 

 Ada yang sudah mula beredar dan ada pula yang masih sibuk merakam gambar untuk dijadikan koleksi atau kenang-kenangan.

 

Sunrise kat jelawang mei 2006

Sewaktu menonton sinar menta...


Continue reading...
 

Mandi angin 2006

February 8, 2009

Day 1st

 

Aku, ipin dan lan dibawa oleh abang Ruzilan seorang pegawai perhutanan di dungun ke Kongsi balak di sungai Loh hulu dungun. Kami melalui jalan durian mentagau untuk sampai ke durian mas. Kami tiba di kongsi balak itu lebih kurang jam 7.30 malam. Ketika itu bas UiTM Perak yang membawa ahli ekspedisi lain belum pun tiba. Ipin dan Lan menghabiskan masa bersembang dengan pekerja-pekerja di kongsi balak. Aku pula tolong tukang masak kat situ menyediakan juadah malam buat rombongan yang...


Continue reading...
 
Make a Free Website with Yola.